|
11 hour(s) ago
Aku Aku signed up.
|
|
12 hour(s) ago
Lam Lam signed up.
|
|
13 hour(s) ago
Lurb Afeq signed up.
|
|
14 hour(s) ago
Apan Zerox signed up.
|
|
17 hour(s) ago
Anak Mak signed up.
|
|
17 hour(s) ago
Kelapa signed up.
|
|
1 day(s) ago
Ze Lan signed up.
|
|
1 day(s) ago
Mubarak Hussen single
|
|
1 day(s) ago
Mubarak Hussen signed up.
|
|
1 day(s) ago
King Athur signed up.
|
Kita sering dan biasa terdengar dengan slogan kata Malaysia Boleh. Sebagai orang Melayu yang mempunyai ikatan yang kuat dengan adat dan tradisi serta keutuhan akhlak dan moral. Kita seharusnya berpegang teguh kepada semangat jati diri supaya kita tidak hanyut dalam arus zaman yang semakin hari semakin menghakis semangat dan nilai kemelayuan dalam diri dan jiwa anak-anak bangsa kita. Kita seharusnya bangga dilahirkan sebagai individu yang berketurunan Melayu kerana bangsa kita ini memiliki sejarah dan adat tradisi yang boleh membezakan diri kita ini berbanding bangsa yang lain.
Dewasa ini, masyarakat dan bangsa Melayu sering diperlekeh sebagai bangsa yang hanya dimanjakan kerana keistimewaan bumiputera, kita hanyut dalam kemewahan dan kesenangan hidup yang kita nikmati di negara ini. Tanggapan ini seharusnya dikikis kerana bangsa Melayu juga mempunyai semangat yang membara untuk mengejar kemajuan tanpa menghakis sifat dan kesempurnaan adat resam yang telah lama sebati di dalam jiwa. Kemewahan hidup yang nikmati sekarang bukan diperoleh dengan percuma dan suka ria, kemewahan hari ini adalah disebabkan kepayahan dan perit getir generasi terdahulu yang mana jasa mereka amat besar dan tak mungkin terbayar oleh kita pada hari ini.
Bangsa Melayu seharusnya sedar bahawa kita harus mencapai kemajuan yang jauh lebih baik daripada bangsa lain. Kita harus membuktikan pada masyarakat dunia yang bangsa Melayu adalah bangsa yang dinamik dan komprehensif dalam apa jua hal dan perkara yang mendatangkan faedah kearah kemajuan bangsa dan negara. Negara Malaysia terkenal dengan kepesatan pembangunan dan semua ini adalah jasa pemimpin-pemimpin kita yang bijaksana dan berkesan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab besar yang dipikul mereka. Majoriti pemimpin kita terdiri daripada orang Melayu dan ternyata orang Melayu juga mampu membangunkan negara dengan jayanya walaupun dahulunya orang Melayu dianggap kolot oleh orang putih yang menjajah kita dan mencuri hasil kekayaan bumi yang yang dimiliki oleh tanah tumpah darah bangsa Melayu yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu.
Ramai orang Melayu yang berjaya membuktikan bahawa mereka juga boleh bersaing dengan bangsa asing seperti dengan mencipta sejarah sendiri yang berjaya membuka mata dunia bahawa bangsa Melayu mempunyai identiti sendiri yang tidak mungkin ditiru oleh orang lain. Contohnya kejayaan Datuk Azhar Mansor yang berjaya mengelilingi dunia dengan berlayar seorang diri di tengah lautan dan telah mencipta rekod dunia.
Selain itu ialah Shazali Samad yang telah berjaya di arena bina badan dengan mengharumkan nama negara dengan memenangi pelbagai kejuaraan bina badan sama ada di dalam mahupun di luar negara. Kejayaan beliau menjuarai pertandingan bina badan bertaraf dunia membuka mata bahawa kita orang Melayu boleh melakukan sesuatu yang berfaedah untuk pembangunan dan kemajuan Malaysia. Siapa sangka bekas anggota polis seperti Shazali Samad yang dahulunya tidak dikenali tetapi kini mengharumkan nama Malaysia di mata dunia dan menjernihkan tanggapan bahawa orang Melayu juga boleh berjaya dengan syarat kita mahu berusaha dengan gigih agar mencapai kejayaan yang kita impikan.